EKSPLORASI ULU MUDA - LAN SAO

1/1/2010
DESTINASI : LAN SAO, HUTAN SIMPAN ULU MUDA
PESERTA EKSPLORASI : 15 PESERTA
JENIS PENGANGKUTAN : 4 X 4

Hutan Simpan Ulu Muda merangkum kawasan seluas 100,000 hektar di sekitar kawasan hutan Ulu Muda. Hutan simpan ini kaya dengan kehidupan flora dan fauna, dengan lebih dari 100 spesies mamalia dan 50 spesies reptilia.
Hutan hujan tropika ini juga menjadi tempat bagi kawasan peresapan air yang menjadi tumpuan kehidupan liar, yang turut menyeberang hingga kawasan hutan di Thailand.

Lasao atau Lan Sao bermaksud anak penakan perempuan. Anak penakan tu... anak saudara laa. Tempat ini merupakan penempatan orang-orang siam ligor pada zaman dahulu. Menurut cerita-cerita orang tua dahulu.. tempat ini merupakan persinggahan Raja Bersiong atau Raja Sulaiman (Phra Ong Maha Perita Deria) yang melarikan diri semasa dikejar oleh Narai. Baginda melarikan diri dari Kota Ban Nai di Kepala Batas menuju Pedu ke Tekok ke Kota Aur (Buluh) ke Lan Sao ke Siong ke Ban Ling ke Jembal seterusnya ke Singgora. Itu stroy orang lama. Sekarang Lasao hanya tinggalan perkampungan lama yang ditenggelami oleh air empangan. Kesan-kesannya rupa buminya masih ada seperti struktur perkampungan, pandang darat fizikal seperti petak bendang. Sory tak dapat nak ambil foto.. semak sangat.

Ekspolarasi kali ini diketuai oleh - w2Sir Nor Adlan Ismail (Pemimpin Scouts SMKN). Bertolak dari rumah jam 8.00 pagi dan sampai di rumah Cgu Shah Jahan (9w2CSJ) - pemimpin SKKB dah sedia menanti. Sementara rakan-rakan lain bersama SIR, masih lagi berkesempatan untuk menyerok di warung Sahak Ketayap. Pekena roti canai seorang 2 biji.. baru rasa kejap perut. Maklumlah masuk dalam hutan bila boleh makan nasi pun tak tak tau lagi. Roti canai sebiji RM 0.60 dan teh ais RM 1.00. Harga lama lagi kata Sahak walaupun harga gula dan naik 20 kupang sekilo. tak tau la.. dua tiga hari lagi kena naik juga kot? kalau barang-barang harga naik. Kita orang marhaien terpaksa ikut laa... walaupun duduk di pendalaman. Terandaih di kampung.. celoteh Sahak, sementara menunggu rakan-rakan eksplorasi sampai. Hampir Jam 9.20 pagi Sir datang dengan 4 kenderaan pacuan hadapan bangunan market Naka dan sekarang telah jadi kedai runcit. 9w2CSJ telah beli lagi 10 biji roti canai untuk bekalan makanan kat dalam sana. Nanti kelaparan broo. katanya..

Jam 9.55 bertolak ke Hutan Simpan Kekal Ulu Muda melalui Nami - Gulau - Kg Landai. Sepanjang jalan melalui jalan jalan yang sedang diperlurus dan dibaiki. Dah dua tahun jalan-jalan ini belum siap dibaiki. Entah apa sebabnya. Sepanjang jalan Naka - Nami kelihatan dengan jelas bukit-bukit ditarah dan pokok-pokok ditebang untuk pembalakan dan pertanian. Yang jelas sekali hutan diterokai ialah di Bt 27 (Bukit Sejuk). Blok I, Ladang Gula Padang Terap sekarang telah ditanam dengan kelapa sawit dapat dilihat di hadapan banglo dato' Eskay Shazril di Bt 26.
Di Kampung Landai iaitu berhampiran sempadan daerah Sik - Baling terdapat jalan susur disebelah kanan ke Tok Lasao. Jika kita berada di sini seperti berada di satu kawasan perlombongan, tandus, kering dan berdebu. Hatan-hutan diterokai dengan sewanang wenangnya. Ditambah pula dengan pembinaan jalan baru. bukan jalan baru bina tetapi jalan lama yang dibaiki dan diluruskan menuju ke sempadan (Durian Burung/kota Putra).

Jam 11.55 pagi. mula memasuki trek ke Tok Lasao.

Tempuh sahaja jalan masuk ke Tok Lasao kita akan dikejutkan dengan deretan lori lori setiwong (lori penarik
balak) yang terletak di situ. Ini menunjukkan kegiatan pembalakan giat dijalankan di situ walaupun mendapat bantahan pihak-pihak tertentu.

Selepas itu terpapar dengan papan tanda merah bertulis :

" HUTAN SIMPANAN KEKAL"

"PENCEROBOH AKAN DIDAKWA"

he he ... half past six
melepas timbunan balak balak di kiri jalan (pangau balak). Kami dapat melalui tanaman pokok jarak yang boleh digunakan dalam industri bio-diesel. Pokok ni.. kalau zaman kanak kanak boleh tiup untuk dapatkan buih (gelembung udara) macam budak-budak sekarang meniup buih sabun. Seronok zaman kanak-kanak. Zaman tiada masalah. Guna alam semula jadi untuk bermain.. bukan macam sekarang yang banyak mengunakan duit.
Alahai .. apanya yang barunya bio-diesel ni.. tak ada penemuan baru.. tok wan dulu guna minyak biji jarak untuk menyalakan pelita. Sebab itulah masih lagi kedapatan orang-orang melayu yang menanam pokok ini sebagai tanaman hiasan dan kadang-kadang biji buah jarak boleh dibuat minyak. samalah fungsi minyak biji jarak dengan minyak diesel.
lebih kurang 3 km perjalan dengan jalan yang berbagai bagai kenderaan yang
di pacu oleh Derih dan anaknya mula meragam. Banyak masa yang dibuang untuk membaiki kenderaan tersebut. Akhirnya... kenderaan Derih terpaksa ditinggalkan. Dengan 3 kenderaan mula bergerak menuju ke Lasao.
Kemudian 2 kenderaan berhenti di Lasoa.
2.00 petang satu kenderaan dengan 7 orang bergerak ke Tao Lasao. Setelah melalui beberapa halangan kami berhenti berhenti di sebatang sungai sebelum Lubuk Kijang. Hajat ke Tok Lasao terpaksa dibatalkan Kerana jam telah menunjukkan pukul 3.00 petang. Di sini kami bertemu dengan satu kumpulan explorasi yang baru keluar dari Toa Lasao dengan 4 kenderaan. Ini bermakna mereka menyambut tahun baru 2010 di Tok Lasao. Kumpulan ini terdiri daripada 10 remaja Cina dan seorang melayu.

Setelah menyeberangi sungai, kami mengeluar segala barang-barang untuk memasak. sarapan tengahhari roti canai dan nasi lemak. Mir dengan pantas memasak nasi manakala yang lain sibuk mandi. air yang jenih, deras.. sejuk mengigit tulang.. Solat Zohor ... makan nasi .. dan mandi lagi.. solat asar dan bekemas untuk pulang. Janji jam 4.00 petang kami akan bertolak balik bersama rakan-rakan di Lasao tak tertunai. Kami mula keluar dah jam 5.00 petang dan sampai di Kg Landai jam 6.30 petang. Di sini sini Cgu Adlan menyerah kereta kepada adam untuk dipandu balik.. nak rehat katanya. melalui Kg. Landai terus ke Belantik - Kg Pinang - Nami - Naka. Di Naka dah menunjukkan 7.15 malam. Kami berpisah di Naka dan Eksplorasi tamat.



RINTANGAN - HALANGAN - CABARAN KE TOK LASAO


>
href="http://www.slide.com/pivot?cy=bb&at=un&id=3458764513860797510&map=2" target="_blank">
align="center">