24 DISEMBER 2009 - MEMBELI BELAH DI HAADYAI, THAILAND

Masa terluang, masih lagi kesempatan untuk membeli belah di Hatnyai, Thailand. Bersama staf SK Pedu, semuanya berkumpul di perkarangan masjid Kuala Nerang sejak jam 7.00 pagi lagi. 10 orang guru lelaki menaiki van. Kumpulan van diketuai oleh guru besar (Md Isa Kamis). Selebihnya menaiki bas.


Tepat jam 8.00 pagi, mula bertolak melalui Jalan Tualak -> Kampung Kuala Janing -> Kampung Kubang Daksa -> Kampung Bukit Nyamok -> Kampung Tengah -> Kampung Bukit -> Kampung Dalam -> Kampung Perik -> Kampung Bayas -> Simpang Bukit Wang -> Kampung Wang Perah dan menuju ke Kampung Darat -> melalui pekan Changlun.
Di Changlun sedikit kesempatan diberi untuk menukar wang. Tempat penukaran wang tersebut di United Fairway Sdn. Bhd. Kadar pertukaran pada hari ini ialah RM 10.00 = 955 Bhat.
Di United Fairway Sdn. Bhd. masih lagi terdapat tandas.. boleh juga untuk melepas bagi sesiapa yang tidak sanggup untuk melepas di belukar bersebelahan. dengan bayaran dua kupang. Dua kupang ini termasuk A besar dan A kecik dan juga bau-bauan yang tidak diingini. itulahlah tandas kat negara kita. Lebih kurang jam 10.30 pagi mula bertolak ke Bukit Kayu Hitam.

Di Bukit Kayu Hitam semua ahli rombongan kena turun untuk mengcop pas sempadan. Tak boleh kirim dekat kawan untuk cop.
Pegawai Imi.. nak tengok seorang-seorang. Takut paas orang lain punya. Lepas cop naik bas pula ke seberang sempadan. Turun kat depan pagar Sadao, kena pula cop untuk masuk ke Thai. Di sini kena bagi 10 Bhat atau RM 1.00. untuk nak cop Imig... Kalau bagi RM 5.00 atau RM 10.00 pun boleh. Jangan harap dapat balik. Sebenarnya tak bagi duit pun tak apa. Bukan satu peraturan.. cuma kebiasaannya.. orang bagi duit.. kita pun bagi juga.. bukan apa takut tak dapat masuk.

Di Danok ni.. kalau nak kencing.. ada tandas di sebelah kiri.. bayar 20Bhat = RM 0.20. Surau ada di sebelah kanan. Kalau tengok dia punya tandas dengan tandas kita cukup beza. Tandas depa kalau tak pakai kasut pun tak rasa geli kaki. Tandas kita kalau tak pakai kasut .... faham-faham sendiri la nooo. Ada satu lagi tempat sembahyang.. iaitu dijalan ke-6 sebelah kanan Phet Kassem. Dulu jalan nak pi ke sini Hj Ok buat pintu gerbang dari pelepah nyior. La ni dah tak ada.. diganti dengan signboard lambang masjid. Jarak dari jalan besar lebih kurang 50 meter. Kalau ikut lorong ni... kedai Hj. Ok sebelah kanan bangunan 2 tingkat, ada jual segala
barang-barang runcit dari beras hingga ke mercun. Manakala di depan kedai tu Hj. ok buka restoren. kalau ada siapa-siapa nak buat jamuan perpisahan ke.. birthday.. berbulan madu atau apa-apa jamuan boleh buat tang ni. Masjid pun dekat. Tapi kalau setakat Kuala Nerang mai sini tak boleh buat jamak. Kalau ada kawan-kawan kita yang pi Danok sebelah kiri tu ... boleh buat tanda soal kat dia. Sebelah tu hanya ada market ikan sahaja yang sesuai untuk kita--. itu pun jalan yang setentang dengan jalan pi masjid. Sebelah kiri tu waktu yang paling meriah waktu jam 7.00 malam. waktu ni ayam mula keluaq cari pelanggan. Itu kata Amran pemandu pelancong kami. Lepas tengah malam keluar pula itik kaum Lut. Kebanyakan ayam dari Korat bukan tempatan.
Kalau dekat imigresen tu ada satu pengurup wang. Kalau tak dan nak menyerok .. nasi pulut ayam goreng banyak. beli la.. yang penjual pakai tudung...
nasi pulut sebungkus 10 Bhat (RM 1.00), ayam (wing = 20 Bhat, dada/paha = 40 Bhat). Cuma satu la ... bau ayam goreng serupa bau meggi. Kata Siti Salmah.
Kat Danok, buah jambu kupas kulit 3 biji RM 5.00 atau Ha sip Bhat (50 Bhat), di Hat Yai sebiji Sam sit Bhat
(30 Bhat). hari tu.. beli di Cameron sebiji Rm 5.00 manakala di Rantau Panjang pun harga RM 5.00 tiga biji.

Sepanjang jalan Phet Kassem ada banyak benda-benda yang tak dak kat Malaysia atau kalau ada kat Malaysia kita anggap mundur. Antaranya;

Tut tut - Kat sini tut tut dihias cantik cantik. Tut tut ialah panggilan kepada lori kecil yang dijadikan kenderaan penumpang. Kalau dulu kat KL ada bas mini. Di sini ada tut tut. Sekali naik bayaran 10 bhat untuk dalam bandar Haadyai. Kalau jumpa tut tut yang bumbung tinggi lepas tu tulis dekat bumbung,,,, yang itu tut tut yang masuk ke kampung-kampung. Tut tut ni ada dua tiga jenis.. Jenis macam lori tu .. boleh naik sampai 10 - 15 orang. Kalau musim perayaan terutama bulan mac tut tut ni naik sampai 20 orang. Tut tut macam beca tu .. guna matorsikal. Yang ni boleh juga naik untuk 3 orang.






.